MEMILIH PRODUCT YANG SESUAI

Memiliki rumah baru dan mengubah suai adalah satu pengalaman yang sangat menyeronokkan bg mereka yang pertama kalinya. Banyaklah idea atau design yg nk di jadikan reality. dapur, hall, bilik tidur, bilik mandi, bilik anak-anak dan garden. Apa yg lg memeningkan kepala adalah mencari product yg sesuai dan murah.
Disini saya ingin berkongsi product yg sesuai yg memenuhi syarat dan harga yg memuaskan. Kalau kita lihat skg ni byk syarikat yg mempromosikan barangg-barang keperluan rumah berjenama tetapi adakah memenuhi syarat anda? Memenuhi kehendak dari segi harga dan yg paling penting design yg up-to-date. Apa yg lebih merisaukan lg adalah quality dan ketahanan barang tersebut. Mungkin product tersebut berjenama terkenal tetepi mungkin tidak sesuai dengan kita. Contohnya hood dan hob (penyedut asap dan dapur masak). Kebanyakkan product begini di import dari negara europe dan ianya sesuai dgn cara masakan org sana sedangkan cara org kita memasak jauh berbeza. Cara kita memasak dengan menumis dan menggoreng sedangkan mereka cuma stim dan merebus. Mampukah kuasa sedutan hood dan kepanasan api dapur memenuhi kehendak masakan org kita?
![]() |
Kitchen Appliances |
Jika kita lihat, terlalu byk product dan jenama membanjiri pasaran Malaysia. Contohnya Teka, samsung, Electrolux, Rubine, Fagor, Elba, Bosch dan banyak lg. Sudah tentu kita inginkan product yg terbaik utk rumah kita yg tahan dan memuaskan hati.

Kebanyakan product dan brand di Malaysia sesuai dgn keperluan kita cuma ada beberapa perkara perlu dititikberatkan. Bagi Hood, dapatkan kuasa sedutan yg lebih 1000m3. Ini adalah bersesuaian dgn cara masakan kita yg banyak menumis dah menggoreng. Kuasa sedutan yg kuat dapat menyedut dengan banyak wap minyak daripada masuk ke ruang tamu rumah kita.
Mana kala, bagi hob pula kuasa pemanasan api haruslah 3.5kw ke atas. Semakin tinggi kuasa(kw) semakin panas la api tersebut. Api yg besar perlu untuk cara masakan org Asia (tumis & goreng).
Ini adalah tips yang mudah untuk pemilihan hood and hob. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai products atau sebarang idea tentang hiasan dalaman , can drop a comment below. :)